Thursday, April 30, 2009

HoBi ?!! PeRiSTiWa PeRTaMa

Hobi ? Ya hobi .. Hobi aku adalah memancing . (Hobi sampingan) namun hobi itu telah jarang2 aku lakukan akibat daripada beberapa peristiwa yang menimpa . Peristiwa apa ? Hurm bagi aku peristiwa yg aku alami ni agak kalut jgk lah . Meninggalkan kesan juga . Tapi tk ade lah sampai menghalang minat aku tu .

Peristiwa ini berlaku semasa aku di akhir tingkatan 3 . Masa tu tgh cuti sem dan pada masa tu juga banjir melanda tempat aku . Aku dgn membe aku , Wawa memang suke mancing dan jalan2 .

Satu hari aku dan Wawa keluar . Tah mcm mana waktu aku jalan2 dgn Wawa tu , aku ternampak satu lorong . Lorong tu mcm terus masuk ke dlm hutan . Masa tu aku tak fikir panjang , lalu aku pun redah jelah lorong tu . Dari lorong yg kecil akhirnya lorong tu menjadi jalan tanah merah yg agak luas . Aku lihat di sekitar situ , pandangan sebelah kanan aku , terdapat parit besar aku agak memang dalam lah air kat situ . Manakala di sebelah kiri aku pula ada hutan tebal . Sikitpun tak buat aku dan Wawa gentar namun kami rasa cam bangga pulak bile blh sampai kat dalam tu .

Aku meneruskan perjalanan sampai satu tempat ada sebuah ladang jambu batu . Wawa cadangkan nak rembat jambu yg ada kat situ , lalu aku bersetuju . (Buat keje tk senonoh) Tapi apa yg berlaku waktu aku dan Wawa nak petik buah2 jambu tu tibe2 ada bau yg kurang menyenangkan . Ya sgt busuk ! Aku diam dan Wawa pun menyedari kejadian itu lalu dia memandang aku .

"Beb , aku bau something lah !" Kata Wawa sambil mengaru2 hidungnya yg tak gatal . "Shhuuttt ! Ko ni sengal . Yg ko gi tegur tu buat apa ?!" Sambil tu aku meletakkan jari telunjuk aku di bibir sebagai isyarat dia tak tegur apa2 lagi lepas ni . "Err lupe !" Muka Wawa berubah sedikit . Mungkin agak gentar . Sbb apa yg aku tahu org tua2 ckp kalau ada sesuatu yg tak kena , jgn ditegur ! Lebih2 lagi dlm hutan . Nanti ada yg ikut . Entahlah sejauh mana kebenarannya .

Dalam 5 minit pertama aku di situ masih tiada apa yg berlaku . Bau tadi pun dah beransur hilang , tp tak lah hilang terus kdg2 ada juga bau . Kami pun menyambung aktiviti memetik buah jambu yg ada kat situ .

Tiba2 Wawa menjerit ! Dia berada beberapa puluh meter dari aku , seraya aku memandang ke arahnya krn terkejut dgn jeritannya . Wawa terus berlari menerpa ke arah aku , "Weh balik jom , cepat !" Katanya . Aku masih terpinga2 . "Knp dgn ko ni?" Tanya ku kehairanan . "Jgn banyak soal boleh tk ? Balik jelah . Nanti aku cerita . Cepatlah !" Muka Wawa pada ketika itu aku lihat amat pucat lalu aku dan Wawa pun segera berlari ke arah motosikal kami . Aku masih lg kehairanan dan tertanya2 .

Masalah !! Moto aku tk hidup . Ah , sudah ! Wawa pula mcm nak nanges . Apa aku nak buat ni ? Dlm minda aku ligat berfikir . Namun aku cuba jg untuk menghidupkan enjin moto tersebut . Ah , tak boleh ! "Cepatlah weh !!" Wawa masih memaksa aku . "Sabarlah ! Ko nak suruh aku buat mcm mana ? Dah moto ni yg tak hidup . Tak nampak ke ?!" Aku sedikit berang . Mau tk marah masa tgh kelam kabut ni leh lak nak paksa2 aku . Aku terus membaca selawat dan beberapa surah2 dari al-Quran yg aku ingat lalu aku cuba lg utk hidupkan enjin moto tersebut . Alhamdulillah boleh pun .

Tapi masalah melanda bukan setakat tu je . Ya , masih ada masalah lagi ! "Qis cptlah weh ! Bawa laju2 sikit !" Wawa tiba2 menangis . "Ko ni knp ? Ko nak suruh aku bwk laju mana lg ? Ko tahu tk ni jalan tanah merah . Kalau jatuhkan susah !" Tension aku di buatnya . "Aku nampak buaya tadi ko tahu tak ?!" Sambung Wawa . "Buaya ?! Ko merepeklah . Aku tk nampak apa2 pun ? Biawak tk ? Cuba tengok betul2 ." "Bodohlah ko ni ! Aku dah takut ni ko blh pulak suruh aku tengok balik !" Wawa kesat air matanya . Aku gelak besar . `merepeklah Wawa ni` dlm hati aku .

"Qis cuba ko tgk depan tu ?! Tu buaya td tu !!" Tangan Wawa menunjukkan arah . "Mana ?! Tak nampak pun ?" Aku agak cuak . "Tu lah , tu ! Ko ni dah buta ke ?" "Amboi bahasa , kalau aku buta mcm mana aku bwk moto ni ?!" Sempat lg bergaduh dgn Wawa . Tiba2 jantung aku berdegup kencang . Ya Allah ! Hanya tu yg terlintas di hati aku . Aku mengucap panjang . Badan aku serta merta panas ! Wawa menagis semahunya . Aku blurr dan serta merta memberhentikan moto . Buaya tu betul2 melintang di depan kami ! Mcm mana nak lalu ?!

"Oh no .. Not again .. !" Aku beristifar . Lalu mulut aku serta merta meluncurkan ayat2 suci yg aku ingat . Rasa mcm tunggang terbalik ayat yg aku bc . Namun aku tk peduli itu semua . Aku cuba kuatkan semangat , aku perbaiki ayat2 yg tunggang-langgang td . Aku memandang tepat ke arah buaya itu . Ya , memang sgt besar buaya tersebut ! Aku adalah belajar sikit2 tentang mcm mana nk tangani benda2 mcm ni . Tp aku bukan pakar .

3 minit kemudian buaya tersebut berlalu pergi . Dia meluru laju ke arah parit tadi lalu hilang dr pandangan kami . Aku cpat2 keluar dr tempat tersebut . Ah , mengerikan ! Wawa demam selepas peristiwa tersebut . Apa pula yg Wawa nampak di ladang jambu td ? Hehe sgt misteri utk aku ungkapkan ..

1 ulasan:

Aduka said...

sis was fishin'? cam x caye je..