Friday, May 22, 2009

ReMPit VS SaMSeNg JaLaNaN ?!

Entry kali ni membincangkan tentang isu semasa . Saban hari kita akan mendengar pelbagai masalah sosial yang kian membimbangkan dalam kalangan masayarakat . Pelbagai isu yang melibatkan pertumpaha darah melalui pembunuhan , kes ragut dan sebagainya . Dalam pada itu masalah politik yang melanda negara juga sering menjadi agenda terpenting yang sering diperhatikan . Masih banyak lagi masalah yang harus ditangani selain kemelut politik yang sudah berlarutan .


Berbalik pada tajuk asal , apakah pendangan anda tentang nama baru yang yang diperkenalkan kpd golongan mat rempit ni ?


Pada pandanagan aku , nama tu macam tak sesuai je .. Kenapa ? Baiklah , dulu kita gelar mereka "Mat Rempit" tapi mereka macam berbangga pulak dgn nama tu kan ? Nama mat rempit tu macam gah di mata mereka . Tapi sekarang kata gelar mereka sebagai "Samseng Jalanan" tak rasa ke , nama yang lagi ganas kita bagi , lagilah mereka berbangga dgn apa yang mereka lakukan ? Aku rasa nama2 macam ni amatlah tidak sesuai digunakan oleh golongan yang mcm mereka ni .


Setelah aku berdiskusi secara tidak langsung bersama rakan2 , kami telah mencadangkan satu panggilan yang aku rasa mungkin boleh merendahkan sikit perasaan "macam bagus" dalam golongan ini . Kami telah mencadangkan panggilan "Penunggang Motosikal Yang Memandu Secara Merbahaya" . Agak panjang , tapi aku rasa kalau kita gelarkan nama yang macam ni pada golongan tersebut , mungkin mereka tidak lagi akan merasa gah dgn gelaran yang diberikan .


Itu cuma pendapat aku dan rakan2 saje . Pada pendapat anda semua pula bagaimana ?

3 ulasan:

Igniz said...

kita leh panggil "Batak Motor"..:)

Anyway, sy stuju dgn pendapat cik manis92..menggelar mereka begitu hanya akan menyebabkan mereka menjadi lebih ganas, kerana mereka dah dicop begitu..(live by the reputation)..yg tak samseng pun boleh jadi samseng disebabkan nama yg diberi tu..huhu..

Aduka said...

penyangak jalanan.. lebih sesuai.. ayat cam hina sikit.. takpun 'anjing jalanan'.. haha

zelo55 said...

aku stuju ngn aduka...
kne bagi nama yang btul2 mnjatuhkan diorang...
anjing jalanan memang sesuai!