Saturday, December 5, 2009

tak de tajuk !

Diam.. Sunyi.. Gelap! Ah, apa yang berlaku? Sedaya upaya untuk berkata-kata namun.. Semakin suram.. Senyap dan sunyi.. Aku bangkit! Ah, tempat apa ni? Aku pandang sekeliling terdapat sebatang sungai di hadapan aku. Arusnya tidaklah begitu deras.. Deruan bunyinya buat aku rasa tenang seketika. Aku asyik dibuai tiupan angin yang dingin seakan menyapa lembut di segenap tubuh. Seketika cuma. Aku tersedar bahawa aku sebenarnya telah tercampak ke kawasan yang asing bagi aku. Keseeorangan tanpa siapa-siapa pun disisi aku.

Aku bingkas menoleh ke belakang terdengar akan seperti ada suatu bunyi yang begitu ganjil "pssst!" seraya jantung ku berdegup kencang. Aku perhatikan sekeliling, fauna yang menghijau sekali lagi membuat aku asyik! Ah.. Alam! sekali lagi bunyi pelik itu menerjah ruang pendengaran ku. Serta-merta aku cuba untuk mengesan dari mana arah datangnya bunyi tersebut. Tubuh badan manusia sememangnya sudah tersedia 'reflex action' terhadap sesuatu perbuatan tanpa perlu diproses oleh otak terlebih dahulu. "a reflex action is an automatic response that occurs spontaneously and without conscious control".

Aku mendekati tempat yang ku rasakan dari situ arah bunyinya. Perlahan-lahan dan berhati-hati langkah kaki ku. Tempat itu ditumbuhi semak samun dan lalang-lalang yang panjang. Kelihatan lalang itu seakan bergerak-gerak. Ini menguatkan lagi perasaan aku bahawa bunyi tersebut benar-benar dari arah itu. Setelah aku meguak lalang itu tiba-tiba aku terkesima. Mata ku tertumpu pada satu arah. Aku kebingungan lidah ku kelu untuk mengeluarkan sebarang suara. Aku mula merasakan seluruh badan ku kedinginan walhal disitu tidak terdapat angin sejuk yang melagkaui tubuh ku.

Aku melangkah setapak ke belakang. Dua tapak, lalu aku berlari meredah belantara yang ada dihadapan ku. Entah arah mana harus aku pergi itu sudah tiada dalam simpanan memori ku. "memory loaded!". Aku berlari menerjah segala yang ada dihadapan ku. Badan ku calar balar akibat melanggar lalang-lalang yang tajam.

Aku tiba-tiba tersandung akar sebuah pokok hutan yang menjalar panjang. Aku tersungkur. Baru sahaja aku ingin meneruskan langkah seribu ku sekali lagi langkah ku terhenti. Aku kaget! Aku tidak menyangka 'dia' boleh mengekori ku! Aku cuba berdiri. Lemah sekali ku rasakan namun aku kuatkan semangat. Aku bertambah cemas apabila di cuba untuk....

0 ulasan: