Aku telah bekerja selama hampir 3 bulan . Yelah lepas SPM nak buat ape lagi kan .. sebab aku bukan jenis yang suke duduk kat rumah tanpa melakukan ape2 pekerjaan . Mau mati akal di buatnyer . Selama 3 bulan ni macam2 jugak yang telah aku pelajari . Betul macam2 pengalaman yang aku dapat . Tapi yang pasti pengalaman tu semua telah buat hidup aku berubah . Aku telah pelajari banyak perkara yang telah membuatkan aku menjadi lebih kuat menghadapi dunia nyata . Dahulunya aku hanya mengenali alam persekolahan .. berjumpa hanya guru2 serta rakan sebaya .. Namun kini aku telah mengenali pelbagai ragam manusia baik dari dalam mahu pun di luar negara . Serius adakala aku gembira tetapi ada beberapa pengalaman yang benar2 manguji kesabaran aku . Yang benar2 mencabar emosi aku .
Dalam pada itu aku juga mencari peluang memotivasikan hidup aku . Beranikan diri berdepan dengan masalah bukan lari dari masalah . Kalau selama ini aku hanya pandai menunding jari ke arah mereka2 yang tak patut di persalahkan .. Tapi kini aku sendiri yang hadapi masalah tersebut . Aku belajar menerima teguran orang lain .. Dahulu aku capat melenting apabila ditegur tapi kini alhamdulliah tidak lagi . Aku kini sudah mampu tersenyum apabila mendengar cakap2 orang yang buruk tentang diri aku . Just pekak kan telinga n let it go . Teguran yang positf boleh dijadikan pedoiman hidup . Haha .. Tapi selalunya mereka2 ni tak gentle .. Suja cakap belakang .. Aku tak minat .. Itu bukan cara aku .. tapi kalau itu cara mereka disitu , aku pun tak mampu lakukan apa2 .. Biarlah pahala mereka semua berpihak pada aku .. Kalau mereka tahu hukum memfitnah lah .. Kalau tak tahu , bagi mereka2 yang jahil tu cari lah jalan bagi memperdalam ilmu agama yang cetek tu .. Nak kata kecik lagi .. Tak lah dah tahap maik2 orang dah .. tapi tak reti bahasa lagi ..
Aku tulis entry ni saje2 je .. ade orang bace ke tak .. Aku tak peduli tapi yang pasti ni semua aku nak bace bile aku lapang2 .. untuk diri aku sendiri sebab semua yang aku tulis kat sini semuanya pengalaman hidup aku . SO orang len tak ambil peduli aku pun tak ambil pusing . Sekarang aku rasakan ingin selalu berdampingn dengan blog aku .. Dah kembali mahu menulis . Yes menulis ataupun menaip mengikut kecelaruan emosi di mana bila aku mahu menulis segera aku mencari papan keybot . Chow !!~!!!
Saturday, March 27, 2010
Kerja ?!
Wednesday, December 16, 2009
Dan ..
Dicatat oleh GuLe2sweet di 3:01 AM 0 ulasan
Label: jgn jadi sengal
Tuesday, December 8, 2009
Somthing bout.. Examination ..
"Peperiksaan bermula sekarang, bermula jam 8 dan berakhir jam 9.15 pagi," Lalu aku pun menyelak helaian pertama selepas pengawas peperiksaan membenarkan kami menjawab soalan. "hmm boleh tahan soalan.." hanya dalam hati. Aku menjawab dengan 'slumber' jek soalan tu. Adalah 1, dua soalan yang meng'kompius'kan aku.. Aku tinggal jek.. Dah nak abes masa aku pergi ke soalan yang aku 'kompius' tadi .. Than... "bismillahi tawakaltu Allalah.." Pejam mata n letak mata pensil di antara 4 pilihan jawapan tersebut. "Hah, kena kat C. C lah kot jawapannya.. Hehe layan laa," tanpa perasaan bersalah jek aku jawab macam tu.. Sebab ape ? Meh tgk..
"Eh, soalan 33 td jawapannya C lah.." CT mengeluh.. Salah jawablah tu kot. Aku lihat kertas aku. Haha soalan yang aku hentam tadi betul pula.. So, senyum jelah hee.. Sorry pada Sir Hafiz..
Jam tepat menunjukan tepat jam 2.55 minit petang.. Peperiksaan add math kertas dua baru saja bermula tepat jam 2 ptg . Tapi mata aku dah ngantuk yang amat. Serius ngantuk tahap hantu. Arhh aku tak mampu tahan lagi. ku pandang kiri kanan, "ok2, kosong" desis hati ku. Ada can ni boleh tidur kejap. Aku menongkat dagu. Tunduk sikit daripada dilihat oleh pengawas peperiksaan, kantoi kank, mati aku. Aku sebenarnya sudah beberapa kali terlelap dek kerana mata aku yang terlalu mengantuk . Tetapi cuma beberapa saat sahaja.
Sedang aku asyik melelapkan mata tiba2 aku tersentak kerana aku mimpi macam nak jatuh dari tingkt yang tinngi. Berpeluh2 juga aku dibuatnya. Aku tiba2 rasa macam ada mata yang memerhatikan aku, aku pandang ke hadapan, aku terkejut ! "Err.. hehe.." Aku senyum dan tertawa sedikit . Alamak ! Malunya aku.. Ada seorang pengawas peperiksaan yang sedang memerhatikan aku yang tertidur lagi tadi . Pengawas itu pun tersenyum dan ketawa melihat gelagat aku. Malunya aku.. Allah je yang tahu . Pengawas tu laki pulak tu . Adusss !!
Sunday, December 6, 2009
SPM Chemistry 2009!
To all five Rahman students.. Good luck for last paper tomorrow . (Chemistry).. Make sure that u all will get street A star especially in chemistry paper for ourz loving teacher Sir Hafiz.. He is the best teacher ever in our life. Thankz Sir Hafiz, and also for Cikgu Zaimon (BM), SIr Fikery (BI), Cikgu Misnon (SEJ), Sir Iman (MATH&ADD MATH), Ustaz Latif (AGM), Teacher Fahrina (BIO), Sir Syahir (PHY) and last but not least, for our "AYAHANDA" Sir HAfiz (CHEM) ..
Nama Apa Ek ??
Heyya .. Salam untuk semua . Entry ini di post kerana aku dan family mengalami masalah untuk memberikan nama kepada anak sedara aku yang ke 14 ! Haha dah lah anak sedara aku ni ramai. Di tambah pula 13 orang antara mereka ni perempuan. Aduh !! Kiamat memang dah nak tiba kot.. Bukan kot lagi.. Memang pun. Dah banyak tanda2 besar yang kecil apa lagi. Eh< apa aku mengarut ni, citer pasal kiamat pula. Kembali pada tajuk.
So Untuk semua yang ada terbaca entry ni, sapa2 lah tak kisah pun yang penting bagi nama dulu untuk anak sedara aku yang kekurangan nama ni. Akak aku ni pula memilih, tanak yang ada "Sya" "Ana" "Ka" "Ra" kat belakang nama. So tolong pilih nama yang unik dan memberi maksud yang baik untuk anak sedara aku. Thankz !
Saturday, December 5, 2009
tak de tajuk !
Diam.. Sunyi.. Gelap! Ah, apa yang berlaku? Sedaya upaya untuk berkata-kata namun.. Semakin suram.. Senyap dan sunyi.. Aku bangkit! Ah, tempat apa ni? Aku pandang sekeliling terdapat sebatang sungai di hadapan aku. Arusnya tidaklah begitu deras.. Deruan bunyinya buat aku rasa tenang seketika. Aku asyik dibuai tiupan angin yang dingin seakan menyapa lembut di segenap tubuh. Seketika cuma. Aku tersedar bahawa aku sebenarnya telah tercampak ke kawasan yang asing bagi aku. Keseeorangan tanpa siapa-siapa pun disisi aku.
Aku bingkas menoleh ke belakang terdengar akan seperti ada suatu bunyi yang begitu ganjil "pssst!" seraya jantung ku berdegup kencang. Aku perhatikan sekeliling, fauna yang menghijau sekali lagi membuat aku asyik! Ah.. Alam! sekali lagi bunyi pelik itu menerjah ruang pendengaran ku. Serta-merta aku cuba untuk mengesan dari mana arah datangnya bunyi tersebut. Tubuh badan manusia sememangnya sudah tersedia 'reflex action' terhadap sesuatu perbuatan tanpa perlu diproses oleh otak terlebih dahulu. "a reflex action is an automatic response that occurs spontaneously and without conscious control".
Aku mendekati tempat yang ku rasakan dari situ arah bunyinya. Perlahan-lahan dan berhati-hati langkah kaki ku. Tempat itu ditumbuhi semak samun dan lalang-lalang yang panjang. Kelihatan lalang itu seakan bergerak-gerak. Ini menguatkan lagi perasaan aku bahawa bunyi tersebut benar-benar dari arah itu. Setelah aku meguak lalang itu tiba-tiba aku terkesima. Mata ku tertumpu pada satu arah. Aku kebingungan lidah ku kelu untuk mengeluarkan sebarang suara. Aku mula merasakan seluruh badan ku kedinginan walhal disitu tidak terdapat angin sejuk yang melagkaui tubuh ku.
Aku melangkah setapak ke belakang. Dua tapak, lalu aku berlari meredah belantara yang ada dihadapan ku. Entah arah mana harus aku pergi itu sudah tiada dalam simpanan memori ku. "memory loaded!". Aku berlari menerjah segala yang ada dihadapan ku. Badan ku calar balar akibat melanggar lalang-lalang yang tajam.
Aku tiba-tiba tersandung akar sebuah pokok hutan yang menjalar panjang. Aku tersungkur. Baru sahaja aku ingin meneruskan langkah seribu ku sekali lagi langkah ku terhenti. Aku kaget! Aku tidak menyangka 'dia' boleh mengekori ku! Aku cuba berdiri. Lemah sekali ku rasakan namun aku kuatkan semangat. Aku bertambah cemas apabila di cuba untuk....
Tuesday, November 3, 2009
SPM 2009 ?!
Serious SPM dah dekat . Aku tak tahu nak buat ape . Rasa macam nak berserah saja pada takdir malas nak study . Rasa tak sabar nak habes exam pun ada . Bebannye kepala otak aku ni . Tapi apa boleh buat ni masa depan aku jugak walaupun aku tahu .. Yelahkan .. Tapi at least aku nak juga ambil SPM daripada duduk kat rumah tak buat ape . Tapi doktor nasihat kan aku dok kat rumah je .. Tapi yelah .. Aku nak ke duduk akt rumah . Aku rasa lagi beban duduk kat rumah tu . Terkurung . Ok lagilah daripada aku duduk kat ospital tu dah macam orang gila aku di buatnya .
Hari ni ada test lagi . Hampes betul nak exam pun ada exam lagi . Ape ni ? Eh , maksud aku , cuma kurang dari 3 minggu je lagi nak SPM tak payah lah buat exam . Buat serabut kepala otak aku je ! Huh berserah jelah pada takdir sebab aku pun jawab exam tu acuh tak acuh je . Malas nak fikir2 sangat tapi aku still buat yang terbaik . Hmm preparation untuk SPM ek ?
Ape yang aku dah buat ? Tah aku rasa aku tak de buat apa-apa2 pun . Duduk kat rumah dan tidur je . Tapi tak jugak study lah jugak sikit-sikit . Subjek yang aku rasa susah nak masuk kepala otak macam Biology n Sejarah je . Yang lain tu boleh bawa kot . Sekolah buat aku sangat sibuk dan penat sambil tak da masa untuk aku buat apa-apa selain ngadap buku , kawan-kawan dan cikgu . Aku happy dengan life aku sekarang walaupun aku tak tahu berapa lama lagi aku mampu bertahan .
Dan aku nak ucapkan ribuan nterima kasih untuk semua sokongan dari rakan-rakan blogger buat aku . Thankz a lot :) Salam ..