Aku telah bekerja selama hampir 3 bulan . Yelah lepas SPM nak buat ape lagi kan .. sebab aku bukan jenis yang suke duduk kat rumah tanpa melakukan ape2 pekerjaan . Mau mati akal di buatnyer . Selama 3 bulan ni macam2 jugak yang telah aku pelajari . Betul macam2 pengalaman yang aku dapat . Tapi yang pasti pengalaman tu semua telah buat hidup aku berubah . Aku telah pelajari banyak perkara yang telah membuatkan aku menjadi lebih kuat menghadapi dunia nyata . Dahulunya aku hanya mengenali alam persekolahan .. berjumpa hanya guru2 serta rakan sebaya .. Namun kini aku telah mengenali pelbagai ragam manusia baik dari dalam mahu pun di luar negara . Serius adakala aku gembira tetapi ada beberapa pengalaman yang benar2 manguji kesabaran aku . Yang benar2 mencabar emosi aku .
Dalam pada itu aku juga mencari peluang memotivasikan hidup aku . Beranikan diri berdepan dengan masalah bukan lari dari masalah . Kalau selama ini aku hanya pandai menunding jari ke arah mereka2 yang tak patut di persalahkan .. Tapi kini aku sendiri yang hadapi masalah tersebut . Aku belajar menerima teguran orang lain .. Dahulu aku capat melenting apabila ditegur tapi kini alhamdulliah tidak lagi . Aku kini sudah mampu tersenyum apabila mendengar cakap2 orang yang buruk tentang diri aku . Just pekak kan telinga n let it go . Teguran yang positf boleh dijadikan pedoiman hidup . Haha .. Tapi selalunya mereka2 ni tak gentle .. Suja cakap belakang .. Aku tak minat .. Itu bukan cara aku .. tapi kalau itu cara mereka disitu , aku pun tak mampu lakukan apa2 .. Biarlah pahala mereka semua berpihak pada aku .. Kalau mereka tahu hukum memfitnah lah .. Kalau tak tahu , bagi mereka2 yang jahil tu cari lah jalan bagi memperdalam ilmu agama yang cetek tu .. Nak kata kecik lagi .. Tak lah dah tahap maik2 orang dah .. tapi tak reti bahasa lagi ..
Aku tulis entry ni saje2 je .. ade orang bace ke tak .. Aku tak peduli tapi yang pasti ni semua aku nak bace bile aku lapang2 .. untuk diri aku sendiri sebab semua yang aku tulis kat sini semuanya pengalaman hidup aku . SO orang len tak ambil peduli aku pun tak ambil pusing . Sekarang aku rasakan ingin selalu berdampingn dengan blog aku .. Dah kembali mahu menulis . Yes menulis ataupun menaip mengikut kecelaruan emosi di mana bila aku mahu menulis segera aku mencari papan keybot . Chow !!~!!!
Saturday, March 27, 2010
Kerja ?!
Subscribe to:
Posts (Atom)