Tuesday, December 8, 2009

Somthing bout.. Examination ..

    "Peperiksaan bermula sekarang, bermula jam 8 dan berakhir jam 9.15 pagi," Lalu aku pun menyelak helaian pertama selepas pengawas peperiksaan membenarkan kami menjawab soalan. "hmm boleh tahan soalan.." hanya dalam hati. Aku menjawab dengan 'slumber' jek soalan tu. Adalah 1, dua soalan yang meng'kompius'kan aku.. Aku tinggal jek.. Dah nak abes masa aku pergi ke soalan yang aku 'kompius' tadi .. Than... "bismillahi tawakaltu Allalah.." Pejam mata n letak mata pensil di antara 4 pilihan jawapan tersebut. "Hah, kena kat C. C lah kot jawapannya.. Hehe layan laa," tanpa perasaan bersalah jek aku jawab macam tu.. Sebab ape ? Meh tgk..

  "Eh, soalan 33 td jawapannya C lah.." CT mengeluh.. Salah jawablah tu kot. Aku lihat kertas aku. Haha soalan yang aku hentam tadi betul pula.. So, senyum jelah hee.. Sorry pada Sir Hafiz..

  Jam tepat menunjukan tepat jam 2.55 minit petang.. Peperiksaan add math kertas dua baru saja bermula tepat jam 2 ptg . Tapi mata aku dah ngantuk yang amat. Serius ngantuk tahap hantu. Arhh aku tak mampu tahan lagi. ku pandang kiri kanan, "ok2, kosong" desis hati ku. Ada can ni boleh tidur kejap. Aku menongkat dagu. Tunduk sikit daripada dilihat oleh pengawas peperiksaan, kantoi kank, mati aku. Aku sebenarnya sudah beberapa kali terlelap dek kerana mata aku yang terlalu mengantuk . Tetapi cuma beberapa saat sahaja.

   Sedang aku asyik melelapkan mata tiba2 aku tersentak kerana aku mimpi macam nak jatuh dari tingkt yang tinngi. Berpeluh2 juga aku dibuatnya. Aku tiba2 rasa macam ada mata yang memerhatikan aku, aku pandang ke hadapan, aku terkejut ! "Err.. hehe.." Aku senyum dan tertawa sedikit . Alamak ! Malunya aku.. Ada seorang pengawas peperiksaan yang sedang memerhatikan aku yang tertidur lagi tadi . Pengawas itu pun tersenyum dan ketawa melihat gelagat aku. Malunya aku.. Allah je yang tahu . Pengawas tu laki pulak tu . Adusss !!

0 ulasan: