Saturday, April 18, 2009

BaHaSa MeLaYu

Kebayakan blogger .. baiklah bukan kebanyakan tapi adelah beberapa entry dari blogger2 yang membincangkan soal penggunaan Bahasa Melayu .
Baiklah bukan membincangkan , tapi mungkin menyuarakan pendapat ..

Pegajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Aku akui bahawa pengunaan Bahasa Inggeris telah banyak `pempengaruhi` hidup aku . Bukan mempengaruhi macam mana pun , tapi aku nak cerita sikit tentang apa yang telah berlaku pada ujian pengesanan aku yang lepas .

Pada waktu aku mendapat kertas Biology aku agak gembira kerana cikgu bagi soalan dalam dwibahasa . Ya , sudah tentulah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .
Pada mulanya aku menjawab dalam Bahasa Malaysia sebab soalan tu pun banyak guna logik .. Tiba2 waktu aku hendak menjawab soalan seterusnya aku terkesima ! Aku termenung sebentar sebab aku tak boleh jawab soalan tu .

Bukan aku tak tahu jawapannya tapi masalah yang aku hadapi adalah aku tidak tahu istilah sesetengah perkataan tu dalam Bahasa Malaysia . Macam mana aku nak jawab kalau aku tak tahu istilah tu .. sedangkan itulah titik untuk aku dapatkan markah . Akhirnya aku mengalah dan aku terpaksa tukar balik semua jawapan aku yang depan tadi kepada Bahasa Inggeris . Ia juga menggambil masa hampir 15 minit untuk aku tukar balik semua jawapan tu .

Akhirnya aku kesuntukan masa .. Soalan seterusnya aku sempat jawab sikit2 je .

Sekarang boleh lihat bagaimana peranan Bahasa Inggeris `mempengaruhi` seorang pelajar untuk menguasai bahasa ibundanya sendiri .. Adakah hanya aku yang bersikap sedemikian ? Atau ramai lagi pelajar yang mengalami masalah seperti aku ?
Siapa nak jawab ?

:: entry kali ni agak formal dan menggunakan Bahasa Malaysia yang agak baik selepas ditegur oleh Inn tentang penggunaan Bahasa Malaysia .

20 ulasan:

Aduka said...

itulah kesannya bukan faktornya.. anda sendiri merasakan sedemikian, bukan? nah.. ini baru peringkat permulaan.. bagaimana jika 5 tahun 10 tahun akan datang? sudikah lagi bahasa melayu tersemat di dalam hati dan jiwa anak-anak kita kelak?

bagaikan mimpi..

selamatkan bahasa melayu!

Anonymous said...

saya amat setuju lahh.
entry ini sangat bagus.
dan bermakna.:)

Fiq Strife said...

Inilah faktornya..
mengapa berlakunya peningkatan jumlah pelajar yg menjawab kertas sains dan matematik dalam bahasa Inggeris?
Jawapanya mudah sahaja.
Hal ini demikian kerana para pelajar tidak tahu terjemahan bahasa Malaysia bagi sesuatu istilah sains tersebut. Maka, sudah tentulah lebih mudah untuk menjawab dalam bahasa Inggeris, kecuali soalan2 yg tidak memerlukan istilah2 sains yang penting...

sekian pendapat saya,
Pencinta Bahasa Melayu...

cikNiarun said...

ya. aku juga setuju. tapi dalam masalah ni aku tak rasa yang kita cuba belakangkan bahasa melayu, cuma perasaannya sebab kita dah blajar every term dalam english, so ambil masa nak tukar pada bahasa melayu. sometimes jadi maik tak faham.

contoh mudah handphone. bila kita setting semua jadi BM, kita jd kekok kan?

Igniz said...

secara peribadi, saya lebih gemar bercakap dalam bahasa Melayu..kerana saya masih belum fasih secara spontan dalam bahasa Inggeris..

secara peribadi juga, saya lebih gemar menulis dalam bahasa Inggeris, kerana saya sudah agak fasih menulis dalam bahasa tersebut..

Akan tetapi, pada masa-masa tertentu, keadaan menjadikan saya sebaliknya...lebih gemar menulis dalam bahasa Melayu dan bercakap dalam bahsa Inggeris..

Kesimpulannya, sebenarnya bukan masalah kita sudah lupa bahasa atau tidak..tatapi masalahnya ialah kita sendiri yang lupa fungsi dan kesesuaian bahasa-bahasa tersebut..kita perlu tahu waktu-waktu dan situasi-situasi yang yang bersesuaian dengan bahasa pilihan kita..

Dan untuk kes cik manis92, sebenarnya kesilapan telah berlaku semasa teknik pengajaran itu berlangsung..samada itu kesilapan guru-guru, atau pun kecuaian pihak kementerian pelajaran, itu saya tidak pasti..tapi apa yang saya pasti, pembelajaran akan menjadi lebih mudah jika terjemahan untuk istilah-istilah saintifik atau khas dapat disediakan...bukan salah pelajar..

Saya yang mengambil aliran pendidikan Inggeris ini pun menghadapi kesukaran memahami istilah-istilah yang digunakan dalam subjek sains dan matematik (dalam bahasa Inggeris) kerana istilah-istilah tersebut tidak digunakan dalam kehidupan seharian..ia digunakan dalam subjek-subjek tersebut sahaja...

'AQILAH said...

ada orang mempertikaikan bahasa malaysia sebab kenapa bahasa melayu xboleh jadi satu bahasa macam jepun, indon, france, italy macam-macam lagi.
kenapa nak gune bhasa inggeris jugak.

orang dulu2 pertahankan 10 tahun tok nak dapatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebansaan. banyak buku dialih bahasa.sebab tu wujud dewan bahasa dan pustaka.

tapi bila diumumkan penggunaan bi dalam subjek bi ngan math. bukan xde pakar bahasa halang.
tapi mereka ada alasan sendiri.

so, jadila bi sekarang.

istilah sains bm n bi banyak berbeza.
so, bersyukur sebab kite senang nak ingat kalau dalam bi.

belajar bhse asing pun xsalah.seiring nak jadikan negara 2020.

ho ho ho ho
sorry ye terlalot lalot.

GuLe2sweet said...

Bro aduka :
Kesan untuk jangka panjang masih lagi menjadi persoalan .
Mungkin benar persoalan yang ditimbulkan oleh bro aduka tu ,
Sudikah Bahasa Melayu tersemat di jiwa anak-anak pada masa akan datang ?

GuLe2sweet said...

sajeedhani:
terima kasih diucapkan :)

GuLe2sweet said...

Nabil Fikri:
setuju dengan pendapat anda .

GuLe2sweet said...

Nurain:
Betul, kita bukan cuba untuk membelakangkan Bahasa Melayu tapi ia seperti sudah sebati dan telah di tetapkan di dalam minda tentang istilah-istilah tersebut .

Fiq Strife said...

Bahasa Melayu (BM) diperlakukan dengan cara yang berbeza-beza di negara yang berbeza...

Umum tahu bahawa BM dituturkan di Alam Melayu, yakni sebuah kawasan yang mengandungi negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, Selatan Thai dan Madagaskar. BM memiliki jumlah penutur yang paling ramai di Asia Tenggara, iaitu lebih dari 300 juta orang.
Bukan ini yang ingin saya bincangkan, tetapi nasib bahasa Melayu itu yang ingin saya tekankan.

Berikut adalah situasi yang terjadi kepada BM berdasarkan negara:

Malaysia - kita sememangnya tahu bahawa BM di Malaysia hanya menjadi bahasa orang Melayu, bukannya bahasa kepada bangsa lain. Maksudnya, rata-rata orang Cina dan India lebih suka bertutur dalam bahasa ibunda mereka atau bahasa Inggeris. Kini, kerajaan telah melaksanakan dasar PPSMI yang sudah tentunya memudarkan lagi jumlah bangsa bukan Melayu yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Tulisan jawi pula berada di ambang kepupusan sekiranya pihak pemerintah tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk terus memelihara tulisan warisan Melayu tersebut.

Indonesia - Bahasa Melayu di Indonesia diberi layanan yang lebih istimewa berbanding Malaysia. Mengapa saya katakan istimewa? Hal ini demikian kerana bahasa tersebut diangkat sebagai bahasa pemersatu, rasmi dan kebangsaan bagi negara Indonesia daripada ratusan bahasa yang terdapat di Kepulauan Indonesia. Ini merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Melayu Indonesia yang merupakan golongan suku bangsa ketiga terbesar di Indonesia selepas suku Jawa dan Sunda. Namun, bahasa tersebut telah ditukar namanya ke Bahasa Indonesia ketika Sumpah Pemuda (1928). Tujuannya demi mewujudkan bangsa Indonesia, yang menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa ibunda dan menghapuskan semangat kesukuan. Hal ini telah menyebabkan orang-orang Indonesia mengenali bangsa mereka sebagai bangsa Indonesia meskipun seseorang itu sebenarnya berbangsa Cina. Kebaikan mewujudkan bangsa Indonesia adalah orang-orang Cina di Indonesia menjadi sangat mencintai bahasa Indonesia dan fasih bertutur dalam bahasa tersebut. Perkara ini sudah tentunya sangat jauh berbeza dengan apa yang terjadi di Malaysia. Keburukannya, perkara ini jelas-jelas telah mengelirukan masyarakat antarabangsa akan asal usul keturunan asal seseorang yang bergelar ‘orang Indonesia’ itu. Malah orang Melayu di Indonesia juga mengakui bahawa mereka adalah bangsa Indonesia suku Melayu, bukannya bangsa Melayu suku Melayu. Istilah bahasa Indonesia juga telah mengelirukan masyarakat internasional apabila ada di antara mereka yang tidak tahu bahawa bahasa Indonesia itu adalah bahasa Melayu.
Namun, jika dipandang dari sudut yang positif, pengwujudan bangsa Indonesia sebenarnya telah melahirkan rasa kecintaan yang mendalam terhadap bahasa Melayu di Indonesia. Misalnya, bahasa Indonesia diajar di peringkat Perguruan Tinggi (Maktab) dan Universiti. Jadi, masyarakat antarabngsa yang ingin melanjutkan pelajaran di Indonesia harus mempelajari bahasa Indonesia meskipun bahasa Inggeris ada digunakan dalam pengajaran sesetengah subjek. Hal ini sekali lagi menunjukkan betapa rendahnya perlakuan Malaysia terhadap bahasa Melayu apabila bahasa Melayu langsung tidak dijadikan bahasa medium di universiti kecuali jurusan yang sangat memerlukan bahasa Melayu seperti jurusan Bahasa Melayu.
Tulisan Jawi di Indonesia telah mengalami kepupusan di kebanyakan kawasan sekitar tahun 1920-an. Umumnya, kini masyarakat Indonesia mengenali tulisan Jawi sebagai tulisan ‘Arab-Melayu’.

Brunei – Seperti mana Malaysia, bahasa Melayu turut disisihkan sebagai bahasa pendidikan. Namun, situasinya lebih parah di Brunei apabila kesemua mata pelajaran kecuali subjek BM diajar dalam bahasa Inggeris dari peringkat sekolah rendah sampai ke universiti. Hal ini sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan kerana Brunei baru sahaja mencapai kemerdekaannya daripada British pada tahun 1984.
Bahasa Melayu juga turut mendapat kedudukan yang istimewa apabila dijadikan bahasa kebangsaan kerana majoriti masyarakat Brunei terdiri daripada suku Kedayan. Suku Melayu hanyalah suku kedua terbesar di Brunei. Tetapi, dasar kerajaan telah menetapkan bahawa mereka yang beragama Islam secara automatisnya dianggap sebagai Melayu-Brunei. Maka, Kedayan juga turut dianggap sebagai Melayu-Brunei kerana mereka beragama Islam. Lagipun, bahasa Kedayan tidak jauh bezanya dengan bahasa Melayu-Brunei meskipun agak sukar untuk difahami oleh orang Melayu yang lainnya.
Tulisan jawi di Brunei diangkat martabatnya ke tahap yang lebih tinggi apabila dijadikan satu daripada dua tulisan rasmi negara Brunei. Jadi, tulisan jawi lebih mudah dilihat di sekitar Brunei berbanding Malaysia.

Singapura – Bahasa Melayu di Singapura telah dijadikan bahasa kebangsaan dan salah satu daripada empat bahasa rasmi republik pulau tersebut. Namun, peminggiran bahasa Melayu di Singapura sangat jelas kelihatan apabila masyarakat Melayu Singapura lebih gemar bertutur dalam bahasa Inggeris. Apa yang lebih menyedihkan, ada segelintir orang Melayu Singapura yang lebih fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin berbanding bahasa ibundanya sendiri. Kerajaan Singapura yang majoritinya Cina menjadikan BM sebagai bahasa kebangsaan atas alasan orang Melayu sebagai pribumi Singapura. Mereka sebenarnya berselindung di sebalik alasan tidak mahu orang2 Melayu memberontak dan menuntut hak mereka.
*Berdasarkan tinjauan saya ke atas kabinet Singapura, hanya ada seorang orang Melayu yg menyandang jawatan menteri. Itu pun, Menteri Hal Ehwal Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Lain-lain jawatan diisi oleh orang Cina dan India.

Thailand – Negara ini sangat diketahui melakukan peminggiran bahasa Melayu yang serius. Masyarakat Melayu di Thailand, khususnya di bahagian selatan negara tersebut tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu baku, yakni BM Johor-Riau. Rata-rata mereka hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu-Pattani dan bahasa Melayu-Kedah. Ada di antara mereka yang lebih gemar bertutur dalam bahasa Thai. Malah, masyarakat Melayu Thailand yang tinggal di luar kawasan Semenanjung Melayu (Selatan Thailand) sudah tidak tahu berbahasa Melayu.
Tulisan Jawi masih dipelihara dengan baik oleh orang-orang Melayu-Pattani yang mengenali diri mereka sebagai orang Yawi (baca: Jawi).

Semoga Bahasa Melayu terus berkekalan seperti peribahasa Minangkabau yang terkenal, Indak Lapuak Dek Hujan, Indak Lekang Dek Paneh (Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas)!!

SEMOGA KELANGSUNGAN WARISAN BAHASA MELAYU TERUS TERPELIHARA!!

GuLe2sweet said...

Igniz:
Secara peribadi pula pada pandangan saya,
mungkin ada sesetengah blogger beranggapan bahawa mereka yang menulis dalam Bahasa Inggeris merupakan diantara mereka-mereka yang malu untuk berbahasa Melayu , saja hendak menunjuk-nunjuk atau berbangga dengan bahasa asing berbanding dengan bahasa ibundanya sendiri .

Saya tak kata semua .. Mungkin ada sesetengah mereka yang beranggapan sedemikian .
Secara peribadinya lagi , penulisan dalam Bahasa Inggeris mungkin merupakan satu medium untuk memantapkan lagi penggunaan lagi penggunaan Bahasa Inggeris . Tidak salah rasanya .

Benar Igniz , disekolah saya guru-guru lebih menekankan penggunaan Bahasa Inggeris sewaktu PnP sedang dijalankan . Ade sesetengah guru menggunakan 90% Bahasa Inggeris di dalam kelas . Bukan memberi kesukaran bagi kami , tapi hasilnya kami tidak faham banyak istilah matematikdan sains dalam Bahasa Melayu .

Salah guru yang mengajarkah ?

GuLe2sweet said...

Fara `Aqila:
Tiada siapa yang mempersoalkan salah atau betulnya penggunaan Bahasa Inggeris ..
Memang tidak dinafikan kita juga perlu menguasai Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Antarabangsa . Tapi apa yang menjadi persoalan bagaimanakah nasib generasi akan datang ? Adakah nanti mereka dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik ? Dan adakah nanti mereka akan berbangga dengan bahasa ibunda mereka sendiri ?

GuLe2sweet said...

Nabil Fikri:
Terima kasih di atas info anda .
semoga ia menjadi iktibar dan boleh direnungkan oleh ramai rakan-rakan tentang kepentingan Bahasa Melayu .

Igniz said...

Perkara sebegini tidak boleh kita senang-senang menuding jari kepada mana-mana pihak...
sukar untuk kita tentukan siapa yang salah atau benar..tiada benda yang sempurna..termasuklah sistem di negara kita ini..sebab itu ingin saya menekankan lagi sekali..sebenarnya ianya bermula dari dalam diri kita sendiri..apakah kita tahu peranan diri dan bahasa yang kita gunakan berdasarkan situasi?

p/s: ada dua sebab sahaja kenapa saya menulis blog dalam bahasa Inggeris..
1. Untuk memantapkan lagi penguasaan diri ke atas bahasa tersebut.
2. Supaya blog saya itu boleh dibaca oleh rakan-rakan blog dari luar negara...XD

mrberett said...

Sebenarnya walaupun bangsa melambangkan bangsa,tak semestinya kita kene tolak ketepi terus bahasa-bahasa lain.Contoh macam ujian tu kan..mungkin belajar dalam bahasa inggeris,jadi memang lebih mudah kalau kita jawap dalam inggeris.Yang penting kita tak lupa bahasa kita..dan lagi elok kalau kita boleh menguasai banyak bahasa :)

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

Pada pendapat saya,bahasa melayu dan bahasa inggeris memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian.Contohnya,saya merupakan kumpulan pertama yang menjadi 'bahan uji kaji' kementerian pendidikan untuk mengkaji sama ada proses pembelajaran dalam bahasa inggeris berkesan atau tidak.(ingat saya ni bahan uji kaji ker???)

Pada mulanya memang sukar untuk menguasai istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa inggeris kerana masih belum mahir.
Bagi saya lebih mudah kalau menjawab soalan dalam bahasa inggeris sebab ada kalanya kita sendiri tidak faham istilah yang digunakan.

kadang2 saya sendiri pon tak paham apa yang saya tulis....haha

Tapi yang penting bahasa melayu jangan dilupakan.. =)

GuLe2sweet said...

Igniz:
Saya amat bersetuju dengan pandangan anda .
Yang menjadi persoalan bukan siapa yang harus dipersalahkan tapi di mana silapnya .

Tentang blog anda , terpulang pada mana-mana pihak untuk menilai :)
Setiap orang ada pandangan mereka yang tersendiri .
Pada saya , ia adalah satu medium terbaik untuk memantapkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris .

GuLe2sweet said...

mrberett:
Teriam kasih di atas pandanagn anda .
Memang , tiada siapa yang menghalang kita untuk menguasai lebih dari satu bahasa dan ia ternyata lebih baik jika kita boleh menguasai pelbagai bahasa dalam satu-satu masa .

Tapi yang menimbulakan persoalan , pada jiwa generasi muda dan akan datang .
Adakah mereka akan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang melambamgkan bangsa ?
Atau sekadar "Aku anak melayu . Tapi aku malu untuk berbahasa melayu!!"
Adakah nanti anak-anak ini akan beranggapan bahawa Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang kolot ?
Rasanya sebelum kita bergelar `master` terhadap bahasa lain , eloklah kita bergelar `doktor falsafah` terhadap bahasa kita sendiri .

GuLe2sweet said...

Ezad:
Nah , inilah yang saya persoalkan , anak melayu yang berbahasa Malaysia tidak mampu untuk menguasai bahasa mereka sendiri .

Adilkan itu ? Sekali lagi saya tegaskan disini , wajarkah kita menguasai bahasa asing lebih mendalam berbanding bahasa ibunda kita sendiri ?

Anda sendiri mengakui bahawa lebih mudah menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia itu pada peringkat permulaan .

Seperti yang dinyatakan oleh Nabil Fikri , akhirnya penggunaan Bahasa Melayu kian terhakis . Apa yang dapat kita lihat pada hari ini ramai mereka yang berbangsa Cina atau India lebih fasih menuturkan perkataan dalam bahasa mereka ataupun Bahasa Inggeris.

Nah , di mana letaknya taraf Bahasa Melayu terutamanya pada pandangan mereka yang bukan melayu ?
Adakah Bahasa Melayu kini kian dihakis atau terhakis kerana lebih mengutamakan bahasa lain ?

Kita tunggu dan lihat ..