"Kau macam tak sihat je ? Kau nak balik tak ? kalau nak balik aku bagi tahu cikgu . Nanti makin teruk ." Nasihat dari seorang rakan baik .
"Tak payah . Aku tak de apa-apa . O.k je ni ." Kedua-dua belah tangan ku aku letakkan di kepala . Ya sudah lebih dari lima minit aku berkeadaan sedemikian .
"Betul ke ni ?" Tanya seorang lagi rakan yang benar-benar mengambil peduli tentang diri aku . "Faham tak ? Aku cakap aku o.k , o.k lah ! Apesal korang layan aku macam ni hah ?! Aku dah nak mati sangat ke ?!" Bentak aku . Aku benar-benar tidak suka diperlakukan sedemikian .
Kedua-dua orang rakan ku senyap . Ah , menyesal pula aku berkasar tadi . Maaf Raz ,Niena .. Aku tak sengaja ..
"Tak apa lah kalau macam tu .. Kitaorng minta maaf . Kau berehatlah . Kalau ada apa-apa bagi tahu dgn kitaorng ." Hambar sungguh cara Raz bercakap dgn aku . Mungkin kerana tersinggung dgn kata-kata aku.
Mereka berlalu pergi meninggalkan aku seorang di dalam kelas . Kepala aku semakin sakit . Dalam keadaan itu segera aku mencapai kertas dan pen . lalu aku menulis nota untuk kedua-dua rakan aku itu .
"Marah ke kat aku ? Maaflah aku tak sengaja , aku tak suka orang layan aku macam ni . Dulu korang boleh je gurau dgn aku . Sekarang kenapa dah lain dgn aku ? Kenapa tak macam dulu ? Dulu boleh je gurau-gurau , sekarang kenapa nak jaga sgt hati aku ? Aku still mcm dulu laa .. Aku tak kisah pun .. please laa jgn buat aku mcm tu .. Buat mcm biasa jek . Aku o.k ..... " Ah tak sempat pula ..
Gelap ! Hmm aku tak sedarkan diri. Buka mata saja aku melihat wajah bonda yang penuh kebimbangan . Aku tak larat untuk berbuat apa-apa .. Aku pejam mata semula .. Entah bila aku akan sedar balik . Aku pasrah .. Mungkin juga takkan sedar kembali ...
Saturday, August 22, 2009
AkU O.K !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment