Diam . Suasana sungguh sunyi di bilik itu . Aku tertunduk .. Merenung tepat ke lantai .. Pandangam aku sememangnya kosong ! Tak ada apa yang mampu aku ungkapkan malainkan cuba menahan diri dan sabar menerima berita ini .
"tk apalah kalau macam tu doktor . Terima kasih" Lesu sungguh ucapan yang keluar dari mulut ku .
Aku berlalu keluar dari bilik itu dan air mata tidak mampu untuk ku tahan-tahan lagi . Aku kena redha . Ya , mesti ! Aku duduk termenung seketika seraya mendongak ke langit . "Ya Allah , andai inilah takdir hidup ku .. Aku pasrah menerimanya ya Allah . Tapi knp ujian yang sebegini berat kau timpakan ke atas aku ya Allah . Adakah kerana kau tidak menyayangi aku ? Knp ya Allah ? Knp ?!" Ada perasaan marah dalam diri aku .. aku tahu tak sepatutnya aku berbicara sedemikian rupa .
Cuma 7-8 bulan saje masa yang aku ada untuk hidup ? Lantaran itu , untuk apa aku harus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal aku duduki kalau akhirnya semua itu tak bawa ke mana ..
Apa yang harus aku lakukan ? Hanya berserah dgn takdir .. Duduk diam tanpa melakukan apa-apa atau aku perlu lakukan sesuatu ? Tapi apa yang harus aku lakukan ?! Berlaki-kali persoalan ini bermain-main di minda aku . Aku cuba tenangkan diri . Aku tidak lagi menangis . Ah , seperti anak kecil !
Bonda manghampiri aku . Bonda menangis . Sudahlah bonda jangan menangis kerana anak mu ini . Doakan saja semoga anak mu ini baik-baik saja ..
"Mak jangan lah nangis . Doktor tipu .. " Kemudian aku tersenyum . Saja nak buat hati bonda tercinta ku tenang seketika . Kemudian aku berlalu pergi . Tak sanggup rasanya berhadapan dengan ibu yang selama ini bersusah payah demi aku .
Entah dari mana aku nak dapatkan semangat dan kekuatan .. Untuk orang-orang menyayangi aku .. Ampun maaf aku pinta sempena ramadhan yang bakal menjemla ini .. mungkin sekali ini ramadhan yang terakhir buat aku . Maafkan aku.. Semua ..
Friday, August 21, 2009
Kenyataan itu sungguh pahit !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 ulasan:
sebak..
itu leh yg dikatakan skrg..
apa2pn.. hidup mesti terus..
(a.a.t.m.m.h.a.h.m) <-- ask me..
ubi harap kamu kuat tuk hadapi semuanya....
bersabarlah, jadi optimisitik, kenyataan tak selalunya indah, dan kesusahan tak selalunya sukar, teruskan hhidupmu, bahagiakan orang disekelilingmu:)
Bro Aduka,
Hmm tah .
Miss Ubi,
terima kasih banyak2 atas sokongn anda :)
Addeena,
Terima kasih untuk anda juga .. :)
Post a Comment