Tuesday, April 21, 2009

DeMi MaSa DaN KeHiDuPaN ..

Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian .
Benar ? Sudah tentu benar !
Aku sendiri merasakan betapa peritnya untuk mengatur masa bagi kesempatan yang ada . Masa .. Macam tak cukup 24 jam saje aku rasa . Selama lebih kurang separuh hari aku hanya menghabiskan masa di sekolah . Rumah ? Umpama `tempat persinggahan` aku yang sementara jer . Balik rumah sekadar tukar pakaian dan tidur bagi sebelah malam . Makan pun tak sempat . Kesian bonda ku sorang-sorang di rumah

Adakah ramai lagi umat manusia yang merasakan seperti apa yang aku rasakan ?

Hari ini aku ada kelas kimia .. Waktu aku melangkah masuk dalam kelas aku lihat cikgu macam begitu letih sekali . Entah kenapa . Dia bagi buku untuk kami buat set soalan di dalam buku tu . Lepas tu telefon dia asyik berbunyi jer dengar macam oarang tanya jalan . Entah lah itu pada pendengaran aku dan Niena . Budak-budak kelas aku biasalah memekak selain tu mereka suka bertanya termasuklah aku . Yelah tak faham , takkan nak diam saje ?

Kemudian kelas sepatutnya habis tepat pukul 5 petang tapi pada pukul 4.30 petang tibe-tibe cikgu cakap "Dah boleh kemas barang , nanti awak semua cakap dengan Cikgu Zaimon (Guru Penolong Kanan) yang cikgu tak pandai ngajar ."
Aku pandang Niena , Niena pandang aku . "Cikgu kenapa ? Sebab kite bising ke tadi?" Tanya aku pada Niena . "Entah , Aku pun tak tahu !" Jawab Niena . Kami satu kelas tertanya-tanya kenapa cikgu bersikap sedemikian ? Lalu aku dan rakan-rakan mengemas barang-barang kami dan berlalu keluar setelah mengucapkan terima kasih kepada cikgu .

Di luar kelas aku , Raz dan Niena lepak kejap sambil berbicara tentang sikap cikgu . "Aku takut ilmu yang kita dapat tak berkat . Jom minta maaf dengan cikgu ." Aku diam . Niena pun diam . Budak-budak lain dah balik dah . Akhirnya kami bersepakat untuk berjumpa dengan cikgu . Kami masuk kelas kembali .

"Cikgu marah kat kiteorang ke tadi ? Kiteorang minta maaflah kat cikgu kalau kiteorang dah buat cikgu marah ." Aku memulakan perbicaraan setelah aku lihat dua orang kawan aku masih tercari-cari ayat yang sesuai untuk berbicara .
"Eh , tak lah mana ade cikgu marah ." Cikgu senyum . Namun ketika beliau menuturkan kata-kata beliau langsung tidak memandang kami . (Buat2 sibuk)
" Cikgu tipu . saya tahu cikgu marah ." Lancar kata-kata sedemikian menutur di mulut Niena.
" Cikgu ,kteorang takut ilmu tak berkat nanti cikgu .." Sambung Raz . Aku membisu sambil memerhatikan cikgu . Cikgu senyum lagi lalu menjawab , "Tak de lah cikgu tak marah dan cikgu tak pernah tak halalkan pun ilmu yang cikgu bagi kat anak-anak murid cikgu ."

"Habis , kenapa cikgu cakap cikgu tak pandai mengajar ? Kenapa cikgu suruh kiteorang cakap macam tu dengan Cikgu Zaimon ?" Setelah lama menyepi aku mula bersuara . Air mata aku hampir menitik . (masa nilah pulak nak sedih) tapi aku tengok mata Niena dan Raz pun dah berkaca .
"Kiteorang minta maaf banyak-banyak kat cikgu kalau kiteorang buat cikgu marah," Belum sempat cikgu menjawab pertanyaan aku tadi , Raz telah mencelah .

"tkdelah , kamu semua tak salah pun . Cikgu tak salahkan kamu . Cikgu yang salah . Dahlah tu , tak de ape-ape lah ." Cikgu senyum dan memandang kami bertiga .
"Kalau macam tu tak apelah , kami balik dulu cikgu ." Kata Raz .
"O.k2" Jawab cikgu .
"Cikgu jangan cakap macam tu lagi taw cikgu . Sedih lah ." Kata-kata itu aku ucapkan ketika kami hendak melangkah ke pintu . Kemudian aku mendengar cikgu ketawa .
Lega sikit hati aku ..

Benarkah semua ini berpunca dari kami ??
Maafkan kami Cikgu Hafiz ..

5 ulasan:

Igniz said...

haaaa....ape korg buat kat cikgu tu.....haaaa..hehe..

♥ Cik Ca said...

alahai... che gu tu de prOb kot..
ter tacing lebey sikit..
kamoo0 sume nanak r nOtty2 oke..
syian che gu tu...

GuLe2sweet said...

Igniz:
Weeewit walaupun beliau seorang yang baik , peramah , muda , hemsem lagi solo (haha) tapi mane ade kiteorg buat ape2 lah .
Huhu jaat neh igniz . Tembak kank . hehe

GuLe2sweet said...

Sis Ca:
Maybe sebab td tgk cgu mcm sangat letih .
Kami mana ada noty2 sgt .. ciket2 jek .. ekeke

inn said...

haha:D cikgu kimia inn slalu soal inn pasal periodic table :) kalau tak silap lah ejaannya